Konflik
Di Asia Barat
Tanda yang pertama ialah
kemunculan Sufyani, Pasukan Panji Hitam dan Imam Mahdi Al-Muntazar. Sebelum
kemunculannya, ia didahului oleh fitnah besar di Asia Barat. Apa maksudnya?
Iaitu konflik Syria yang tak berhenti-henti sehingga sekarang.
Kekusutan
(1)
Barisan pemberontak Syria itu
terdiri daripada pelbagai golongan, termasuk majoritinya Sunni dan sebagainya.
Paling mengejutkan, mereka mendapat bantuan militer dari US, Britain, Peranchis
dan Turki. Dengan kata lain, Israel juga berada di sebelah mereka.
Kekusutan
(2)
Hizbullah (Parti Allah) yang pro-Syiah telah menyokong Basyar Al-Assad dalam penentangannya terhadap pemberontak-pemberontak Sunni. Bahkan, Syeikh Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah berjanji akan mempertahankan rejim Basyar sehingga menang.
Kekusutan (3)
Tadi saya membaca akhbar Metro
Ahad (2-6-2013), m/s 60 pada ruangan Global yang menceritakan bahawa Syeikh
Yusuf Qaradawi dipetik sebagai berkata (seperti berikut), Yusuf Qaradawi desak
sunni bangkit perangi Bashar. Bukan setakat itu, bahkan beliau mengelar Parti
Hizbullah itu sebagai Parti Syaitan.
Beliau juga membandingkan dirinya
sebagai lebih bodoh dari ulamak-ulamak Arab Saudi semasa dia memuji Syeikh
Hassan Nasrallah di depan mereka suatu ketika dahulu.
Kekusutan
(4)
Umat Islam di seluruh dunia
terbahagi 2 kelompok. Kelompok (A) pro Bashar Al-Assad manakala kelompok (B)
pro pemberontak Syria. Masing-masing ada golongan ulamak yang menyokong mereka.
Maka kerana itu, keadaan fitnah menjadi semakin sukar.
Syria pada peringkat awalnya
adalah stabil sebelum revolusi (Arab Spring) menghentam sebahagian besar
wilayah Arab sebab protes pada kekuatan rejim pemerintah. Mantan Presiden Mesir
Husni Mubarak tumbang. Mantan Presiden Libya Muammar Qaddafi juga tumbang.
Begitu juga sebahagian negara lain. Sekarang ini adalah giliran Presiden
Syria, Basyar al-Assad pulak. Pernahkah
anda bertanya kepada diri anda, mengapa Arab Spring ini tidak berlaku di Arab
Saudi?
Banyak orang percaya rakyat Syria
mengangkat senjata dan memberontak sebab mereka tak lagi berupaya mengeluarkan
pendapatnya dengan aman. Maka pemerintah Syria lalu mengawal mereka dengan
peluru, dan mortar, sehingga menyebabkan ramai penunjuk perasaan terkorban
dalam peristiwa March 2009. Sebelumnya hanya berdemonstrasi, tetapi akhirnya
mereka melancarkan perang terhadap Assad, seperti dilaporkan The New York Times
(8/4/2009).
Mengapa penentangan ini tidak
berlaku di Arab Saudi? Rakyat Saudi juga terkongkong dan tidak bebas bersuara?
Sepatutnya konflik ini juga berlaku di Arab Saudi kerana keadaan politiknya
sama seperti Syria.
Kerana konflik sebelum ini adalah
percaturan politik Yahudi dan agen-agen Dajjal. Mereka memporak-perandakan
sesebuah negara (mari kita mulakan dengan Afghanistan, Iraq, Algeria, Mesir,
Libya dan sekarang Syria) dengan 2 maksud sahaja.
Pertama,
mereka ingin merosakan kestabilan politik Negara Islam. Bila huru-hara berlaku,
pembunuhan akan merata. Bahkan dalam hati mereka, semoga Imam Mahdi Akhir Jaman
akan terbunuh sama.
Kedua,
mereka menyerang Negara tersebut untuk menguasainya. Bahkan dalam hati mereka,
semoga Imam Mahdi yang mereka cari itu adalah manusia lapar yang berebut-rebut
makan seperti anjing.
Saat mereka melempar makanan dari
helicopter (seperti di Afghanistan), lalu mereka melempar bom kepada sekumpulan
lelaki, wanita dan anak-anak kecil yang berebut-rebut padanya.
Semuanya
permainan Yahudi dan Agen-agen Dajjal
Konflik Syria yang seharusnya
terjadi hanya antara rakyat dengan pemerintah tiba-tiba meluas. Sudah merebak
menjadi perang besar. Dugaan Assad bahawa
pihak asing memberi bantuan kewangan kepada pemberontak hingga mereka
menjadi sangat kuat, banyak, dan besar memang benar.
Paling mungkin ialah senjata.
Dari mana tentara pembebasan Syria mendapatkan keperluan senjata mereka jika tidak ada “golongan berkepentingan”
memberikannya pada mereka.
Kecurigaan Assad Yang Kuat
Kecurigaan Assad semakin kuat
pada negara barat. Amerika Syarikat dan Britain dituding sebagai dua buah
negara yang berupaya melakukan urusan jual-beli senjata itu. Negara lain seperti Iran, Rusia dan China
masih setia mendukung Assad. Kedua kubu masing-masing memperingatkan agar tidak
mencampuri urusan politik Syria.
Walau bagaimana pun, Amerika
Syarikat diketahui giat melatih para pemberontak dan pasukan intelijennya (CIA)
juga giat mengirimkan pasokan senjata, seperti dilaporkan stesen television Al Arabiya
(25/3/2013).
Kenapa Tidak Berlaku Di Arab Saudi?
Kenapa Arab Spring ini tidak
berlaku di Arab Saudi? Pada saya, Arab Saudi itu sendiri pro-barat. Yahudi
& Agen-agen Dajjal tidak merasai apa-apa tekanan dari struktur politik Arab
Saudi. Bahkan mereka merasa tidak perlu untuk mencari Imam Mahdi di situ.
Pada waktu dekat munculnya Imam
Mahdi, Arab Saudi pun bergolak oleh 3 anak Khalifah yang salah satunya akan berkaloborasi
dengan pihak Sufyani, ketika huru hara telah menyentuh Madinah, maka Pasukan
Panji Hitam dari khurasan turun bergerak ke Arab Saudi.
Serangan
ke Atas Syria?
Anda mungkin bertanya kepada
saya. Kenapa Konflik Syria ini berlaku? Kenapa Yahudi dan agen-agen Dajjal ini
melakukan kemusnahan di sini? Jawapan saya terletak pada hadis Nabi yang
berikut.
Bersabda Rasulullah SAW : “sekiranya penduduk Syam sudah tiada, maka
tiada lagi kebaikan di atas muka bumi ini”.
Yahudi memahami maksud hadis ini sama
seperti kita. Tetapi mereka mempunyai perancangan jahat untuk meranapkan
kita. Tujuan mereka bukan lagi 2, tetapi
sudah menjadi 3 seperti berikut.
Tiga
Tujuan Yang Jahat
Pertama ialah merosakkan
kestabilan Syria (telah berjaya). Kedua ialah membunuh Imam Mahdi (tidak
berjaya) dan ketiganya, menghapuskan sinar Islam di akhir jaman (tidak mungkin
berjaya).
Di
Manakah Imam Mahdi?
Dulu, saya mengira Imam Mahdi
lahir di Kurjah (Madinah) tetapi selepas membuat kajian dan pembacaan dari
banyak sumber, saya mendapati Kurjah itu tempat kemunculannya semasa di
Madinah.
Kemudian, pada masa tentera
As-Sufyani (Imam Mahdi palsu) cuba mengejar beliau di Mekah, waktu itu beliau
berada di Harrah (Mekah).
Al-Mahdi Akhir Jaman akan
ditentang oleh As-Sufyani (pemerintah Syria). Tak pasti siapa As-Sufyani,
mungkin dia itu Basyar Al-Assad atau pemerintah baru Syria. Tetapi yang
pastinya, Al-Mahdi juga ditentang oleh Yahudi dan Agen-agen Dajjal.