Sabda Nabi SAW, “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda
yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini
demikian itu, hendaklah kamu bersama Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya
dia datang dari sebelah Timur dan Dialah pemegang Panji Panji Al Mahdi.”
Sabda Nabi SAW, “Apabila As-Sufyani tiba di Kufah, dia lalu
membunuh pengikut-pengikut keluarga Nabi Muhammad SAW, maka Al-Mahdi akan
datang dan pembawa Panji-panjinya adalah Syuaib bin Saleh.”
Ammar bin Yasir RA berkata, “Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib
bin Saleh.”
Yang ramai menjadi persoalan
orang mengenai sifat-sifat peribadi Putera Bani Tamim ( Fata At Tamimi ) adalah
mengenai nama yang diberikan oleh Rasulullah kepadanya, iaitu Syuaib Bin Soleh.
Kenapa Syuaib bin Soleh? apakah ianya nama sebenar ataukah sebuah codename?
Berikut penjelasaan serba ringkasnya :
Syuaib bin Soleh iaitu bukan nama
sebenarnya tetapi merujuk kepada suku bangsanya (suku kecil dari suatu bangsa),
merupakan seorang yang baik dan keluarganya juga adalah orang-orang yang
berakhlak baik.
Persoalannya, kenapa nama Pemuda
Bani Tamim itu bukannya Syuaib bin Soleh seperti yang dinyatakan oleh hadis
Nabi SAW? Bukankah Syuaib bin Soleh itu adalah nama sebenar Pemuda Bani Tamim
itu? Atau apakah hadis Nabi SAW itu palsu atau jika benar, kenapa tidak
benar-benar namanya Syuaib bin Soleh?
Sesungguhnya hadis ini adalah
benar, bukan hadis palsu. Mustahil pula Nabi SAW berdusta, kerana setiap hadis
daripada Nabi SAW adalah datang daripada Allah. Bagaimana pula Nabi SAW boleh
berdusta? Nabi SAW adalah sodiqul masduq (seorang yang benar lagi dibenarkan).
Dari segi bahasa Arab, kalimah
SYU’BUN, berarti suku bangsa atau puak dari suatu bangsa.
Manakala kalimah SYU’AIBUN, pula
bererti suatu suku kecil dari sebuah kabilah.
Lagipun, Nabi SAW tidak pernah
menyatakan bahawa Pemuda Bani Tamim itu, benar-benar bernama Syuaib bin Soleh.
Kalimah BIN itu pula berasal dari
IBNUN, artinya anak lelaki. Atau lebih tepat lagi, seorang lelaki.
Maknanya pribadi SYUAIB itu
adalah:
- Seorang lelaki (benar-benar seorang lelaki, bukan perempuan).
- Yang memiliki sifat-sifat seorang lelaki (berjanggut, bermisai,berjambang dan berserban).
- Seorang yang berwatak lelaki (berani, gigih, sabar, pejuang, berfikiran luas, sentiasa bergelumang dengan masyarakat dan jauh langkahnya).
- Merupakan lelaki Allah (Rijalullah) yakni beliau adalah seorang yang bertaraf wali, ulama tulen, ulama mujahid, mujaddid dan mujtahid.
Kalimah SOLEH pula bermaksud
orang yang baik. Baik di sini membawa maksud seperti berikut :
- Baik namanya, iaitu bukan nama yang bercampur-campur dengan istilah dari bahasa Sanskrit, nama tempatan atau dari bangsa yang bukan Islam.
- Baik keperibadiannya iaitu dikenali sebagai seorang yang tetap teguh dengan pendiriannya.
- Baik akidahnya iaitu seorang yang benar-benar mengikut akidah Islam yang sejati.
- Baik keturunannya iaitu diketahui keturunannya adalah dari yang baik-baik, tidak tercemar dengan akhlak-akhlak yang rendah.
- Baik agamanya, iaitu beliau dan keturunan sebelah atasnya adalah dari kalangan ahli-ahli agama atau orang yang cintakan agama.
- Beliau memang seorang yang saleh. Saleh di sini ialah baik dan banyak amalan agamanya. Amalan agama itu sudah sebati dengan dirinya sejak dari beliau kecil lagi.
- Baik pemikirannya iaitu seorang yang mempunyai idea yang baik untuk merubah masyarakatnya ke arah menghayati ajaran Islam sejati pada ketika mereka sedang hanyut bergelumang dengan arus jahiliyah.
- Baik akhlaknya. Merupakan seorang yang terpuji akhlaknya di kalangan hamba Allah pada masa itu
Jika benar hadis-hadis berkenaan,
kenapa namanya disebutkan sebagai Syuaib bin Soleh? Kenapa tidak disebutkan
nama sebenarnya?
Jawabannya:
- Untuk mengelirukan musuh-musuh Islam. Dengan ini, selamatlah beliau daripada diburu, dibunuh, dihalang atau diapa-apakan oleh musuh-musuh Islam yang sememangnya cuba menghalang kebangkitan Islam kali kedua ini dengan segala daya upaya mereka.
- Supaya umat Islam berusaha mencari siapakah identiti sebenar Syuaib bin Soleh itu. Di sini, umat Islam yang percaya dengan hadis-hadis berkenaan akan berusaha mencari siapakah peribadi yang dikatakan sebagai Pemuda Suku Tamim itu. Setelah bertemu, mereka akan membaiatnya sebagai ketua mereka. Orang yang berusaha, akan diberikan pahala.
- Untuk menguji keimanan umat Islam terhadap hadis-hadis Nabi SAW yang berkaitan dengan Pemuda Bani Tamim itu. Ada yang percaya dan ada yang tidak mudah percaya, apatah lagi ketika itu memang orang ramai sudah tidak percaya lagi dengan hadis-hadis mengenai Pemuda Bani Tamim.
- Supaya yang empunya diri itu tidak mengetahui (pada peringkat awalnya) siapa sebenarnya Pemuda Bani Tamim itu sendiri. Beliau tidak menyedari bahawa beliaulah orang yang dimaksudkan oleh hadis-hadis berkenaan sebagai Syuaib bin Soleh. Beliau hanya menyedari tentang peribadi dirinya setelah jauh dan lama berjuang.
- Untuk menipu pihak musuh Islam. Oleh kerana tiada huraian lanjut para ulama terhadap keperibadian Pemuda Suku Tamim ini, pihak musuh menyangka bahawa namanya menang benar-benar Syuaib bin Soleh seperti yang tersebut di dalam hadis. Kerana itu, mereka sedaya upaya mencari nama berkenaan, bukan peribadi berkenaan.
Berdasarkan huraian yang diberi,
jelaslah sebab-sebab sebenar Nabi SAW tidak menyebutkan nama sebenar Pemuda
Bani Tamim itu. Adalah diharapkan dengan penjelasan ini, umat Islam tidak akan
mempersoalkan lagi mengenai nama sebenar Syuaib bin Soleh itu.
Di dalam hadis yang lain secara
jelas menunjukkan bahawa Pemuda Bani Tamim itu akan datang dari sebelah Timur
bersama jemaahnya memperjuangkan Islam.
Panji-panji hitam yang
dimaksudkan itu adalah kekuasaan yang diserahkan kepadanya sebagai tapak kepada
membangunkan ummah.