Khalifah Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan
Wajahnya Oleh Allah
Ketika Khalifah Uthman bin Affan ra wafat, warga
Madinah dan tiga pasukan dari Mesir, Basrah dan Kufah bersepakat memilih Ali
bin Abu Thalib sebagai khalifah baru. Menurut riwayat, Ali sempat menolak
pelantikan itu. Namun semua mendesak beliau untuk memimpin umat. Pembaiatan Ali
pun berlangsung di Masjid Nabawi.
Nama beliau sebenarnya ialah Ali bin Abi Talib
bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf. Beliau dilahirkan pada tahun 602
M atau 10 tahun sebelum kelahiran Islam. Usianya 32 tahun lebih muda dari
Rasulullah SAW. Saidina Ali merupakan sepupu dan merupakan menantu Baginda SAW
melalui pernikahannya Fatimah. Beliau adalah orang pertama yang memeluk Islam
dari kalangan kanak-kanak. Beliau telah dididik di rumah Rasulullah dan ini
menyebabkan beliau mempunyai jiwa yang bersih dan tidak dikotori dengan
naluri Jahiliyah.
Saidina Ali adalah salah seorang sahabat paling
dekat dengan Rasul. Sewaktu kecil, Nabi Muhammad SAW diasuh oleh Abu Thalib,
datuknya yang juga ayah kepada Saidina Ali. Setelah berumah tangga dan melihat
Abu Thalib hidup kekurangan, Nabi Muhammad SAW memelihara Ali di rumahnya. Ali
dan Zaid bin Haritsah – anak angkat Nabi Muhammad SAW, adalah orang pertama
yang memeluk Islam setelah Khadijah. Mereka selalu shalat berjamaah.
Kecerdasan dan keberanian Ali sangat menonjol
dalam lingkungan Quraisy. Saat masih kanak-kanak, beliau telah menentang
tokoh-tokoh Quraisy yang mencemuh Nabi Muhammad SAW. Ketika Nabi Muhammad SAW
berhijrah dan kaum Quraisy telah menghunus pedang untuk membunuhnya, Ali tidur
di tempat tidur Nabi Muhammad SAW serta mengenakan mantel yang dipakai oleh
Rasulullah.
Di medan perang, beliau adalah ahli tempur yang
sangat disegani. Baik di perang Badar, Uhud hingga Khandaq. Namanya semakin
sering dipuji setelah beliau berhasil menjebol gerbang benteng Khaibar yang
menjadi pertahanan terakhir Yahudi. Menjelang Rasul menunaikan ibadah haji, Ali
ditugasi untuk melaksanakan misi ketenteraan ke Yaman dan dilakukannya dengan
baik.
Jaman Remaja
Setelah tiga tahun Dakwah secara sembunyi, Nabi
menerima perintah Allah bahwa dia harus mengumumkan kepada publik risalah
Islam, dan bahwa kaum kerabatnya yang terdekatlah menjadi pilihan pertama untuk
Dakwah. Nabi yang mengundang Bani Hashim, sekitar empat puluh laki-laki.
Setelah selesai jamuan, Nabi memberikan ucapan yang menceritakan bahwa dia
telah dikunjungi oleh malaikat Jibril yang telah menyampaikan kepadanya
perintah Allah bahwa baginda merupakan nabi akhir jaman. Dia mengatakan bahwa
tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahwa ia adalah Rasul yang diutuskan untuk
mengajak seluruh ummat manusia untuk menyembah Allah.
Selanjutnya, lalu di akhir ucapan, Nabi
menimbulkan pertanyaan, “Siapa di antara kita yang akan mendukung saya dalam
tugas ini? Para tetamu semuanya diam dan tidak ada satu kata yang diucapkan.
Ali bangkit dan berkata,”Wahai Muhammad, saya akan mendukung Anda!”
Nabi melihat ke arah Ali, dan terima kasih atas
dukungannya. Nabi menanyakan pertanyaan yang sama untuk kedua dan ketiga
kalinya tetapi, tidak satu dari tetamu menjanjikan dukungan. Setiap kali, Ali
bangkit ia menawarkan dukungan istilah tegas. Sedangkan sejurus selepas itu
pula, bangun Abu Lahab yang terus mengherdik dan menghina nabi.
Begitu juga kisahnya sewaktu hijrah dari Mekah ke
Madinah. Ketika Nabi Muhammad SAW berhijrah dan kaum Quraisy telah menghunus
pedang untuk membunuhnya, Ali tidur di tempat tidur Nabi Muhammad SAW serta
mengenakan selimut yang dipakai oleh Rasulullah
Keluarga Saidina Ali
Pada suatu hari Abu Bakar Ash Shiddiq r.a., Umar
Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk
dalam masjid beliau. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan
puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu beliau bertanya kepada Abu Bakar Ash Shiddiq
r.a.: “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah kepada Ali bin Abi
Thalib?”
Abu Bakar Ash Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia
beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat kedatangan Abu
Bakar Ash Shiddiq r.a. dengan tergopoh-gopoh dengan terperanjat ia
menyambutnya, kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat sejenak, Abu Bakar Ash
Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali, engkau adalah orang
pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih
dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula
engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah
menyampaikan lamaran kepada beliau untuk dapat mempersunting puteri beliau.
Lamaran itu oleh beliau semuanya ditolak. Beliau mengemukakan, bahwa persoalan
puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi, hai Ali, apa sebab hingga
sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau
tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan Rasul-Nya akan
menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Ali r.a.
berlinang-linang. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar,
anda telah membuat hatiku goncang yang semulanya tenang. Anda telah
mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah, aku memang menghendaki
Fatimah, tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku
tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawaban Ali yang
memelas itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Ali r.a., Abu Bakar r.a.
berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan
Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya, Abu Bakar
r.a. berhasil mendorong keberanian Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah
s.a.w.
Ketika bertemu Rasulullah dan di Tanya tentang
maskahwin, lalu Ali menjawab, “Demi Allah”, jawab Ali bin Abi Thalib dengan
terus terang, “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku, tak ada sesuatu
tentang diriku yang tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain
sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta.”
Akhirnya setelah persetujuan, sewaktu ijab kabul
Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya:
“Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah
atas dasar maskawin 400 dirham (nilai sebuah baju besi). Mudah-mudahan engkau
dapat menerima hal itu.”
“Ya, Rasul Allah, itu kuterima dengan baik”,
jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.
Rumah Tangga Sederhana
Dua sejoli suami isteri yang mulia dan bahagia
itu selalu bekerja sama dan saling bantu dalam mengurus keperluan-keperluan
rumah tangga. Mereka sibuk dengan kerja keras. Sitti Fatimah r.a. menepung
gandum dan memutar gilingan dengan tangan sendiri. Ia membuat roti, menyapu
lantai dan mencuci. Hampir tak ada pekerjaan rumah-tangga yang tidak ditangani
dengan tenaga sendiri.
Rasul Allah s.a.w. sendiri sering menyaksikan
puterinya sedang bekerja bercucuran keringat. Bahkan tidak jarang beliau
bersama Ali r.a. ikut menyingsingkan lengan baju membantu pekerjaan Sitti
Fatimah r.a.
Banyak sekali buku-buku sejarah dan riwayat yang
melukiskan betapa beratnya kehidupan rumah-tangga Ali r.a. Sebuah riwayat
mengemukakan: Pada suatu hari Rasul Allah s.a.w. berkunjung ke tempat kediaman
Sitti Fatimah r.a. Waktu itu puteri beliau sedang menggiling tepung sambil
melinangkan air mata. Baju yang dikenakannya kain kasar. Menyaksikan puterinya
menangis, Rasul Allah s.a.w. ikut melinangkan air mata. Tak lama kemudian
beliau menghibur puterinya: “Fatimah, terimalah kepahitan dunia untuk
memperoleh kenikmatan di akhirat kelak”
Riwayat lain mengatakan, bahwa pada suatu hari
Rasul Allah s.a.w. datang menjenguk Sitti Fatimah r.a., tepat: pada saat ia
bersama suaminya sedang bekerja menggiling tepung. Beliau terus bertanya:
“Siapakah di antara kalian berdua yang akan kugantikan?”
“Fatimah! ” Jawab Ali r.a. Sitti Fatimah lalu
berhenti diganti oleh ayahandanya menggiling tepung bersama Ali r.a.
Masih banyak catatan sejarah yang melukiskan
betapa beratnya penghidupan dan kehidupan rumah-tangga Ali r.a. Semuanya itu
hanya menggambarkan betapa besarnya kesanggupan Siti Fatimah r.a. dalam menunaikan
tugas hidupnya yang penuh bakti kepada suami, taqwa kepada Allah dan setia
kepada Rasul-Nya.
Putera-puteri
Siti Fatimah r.a. melahirkan dua orang putera dan
dua orang puteri. Putera-puteranya bernama Al Hasan r.a. dan Al Husein r.a.
Sedang puteri-puterinya bernama Zainab r.a. dan Ummu Kalsum r.a. Rasul Allah
s.a.w. dengan gembira sekali menyambut kelahiran cucu-cucunya.
Al Hasan r.a. dan Al Husein r.a. meninggalkan
jejak yang jauh jangkauannya bagi umat Islam. Al Husein r.a. gugur sebagai
pahlawan syahid menghadapi penindasan dinasti Bani Umayyah. Semangatnya terus
berkesinambungan, melestarikan dan membangkitkan perjuangan yang tegas dan seru
di kalangan ummat Islam menghadapi kedzaliman. Semangat Al Husein r.a.
merupakan kekuatan penggerak yang luar biasa dahsyatnya sepanjang sejarah.
Di Medan Peperangan
Di medan perang, beliau adalah ahli tempur yang
sangat disegani. Baik di perang Badar, Uhud hingga Khandaq. Namanya semakin
sering dipuji setelah beliau berhasil menjebol gerbang benteng Khaibar yang
menjadi pertahanan terakhir Yahudi. Menjelang Rasul menunaikan ibadah haji, Ali
ditugasi untuk melaksanakan misi ketenteraan ke Yaman dan dilakukannya dengan
baik.
Menjawat Sebagai Khalifah
Sebagai khalifah, beliau mewarisi pemerintahan
yang sangat kacau. Juga ketegangan politik akibat pembunuhan Uthman. Keluarga
Umayyah menguasai hampir semua kerusi pemerintahan. Dari 20 gabenor yang ada,
hanya Gabenor Iraq iaitu Abu Musa Al-Asyari aja yang bukan dari keluarga
Umayyah. Mereka menuntut Ali untuk mengadili pembunuh Khalifah Uthman. Tuntutan
demikian juga banyak diajukan oleh tokoh lainnya seperti Saidatina Aisyah rha,
juga Zubair dan Thalhah – dua orang pertama yang masuk Islam seperti Ali.
Kesan dari kematian Khalifah Uthman adalah amat
sulit bagi Khalifah Ali untuk menyelesaikan terutamanya dalam masalah
menjalankan pentadbiran. Untuk melicinkan pentadbiran, Khalifah Ali telah
memecat jawatan pegawai-pegawai yang dilantik oleh Khalifah Uthman yang terdiri
dari kalangan Bani Umayyah. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati
dikalangan Bani Umayyah.
Beliau juga telah bertindak mengambil kembali
tanah-tanah kerajaan yang telah dibahagikan oleh Khalifah Uthman kepada
keluarganya. Ini telah menambahkan lagi semangat kebencian Bani Umayyah
terhadap Khalifah Ali. Oleh itu golongan ini telah menuduh Khalifah Ali
terlibat dalam pembunuhan Khalifah Uthman. Beberapa orang menuding Ali terlalu
dekat dengan para pembunuh itu. Ali menyebut pengadilan sulit dilaksanakan
sebelum situasi politik reda.
Lanjutan daripada ini, berlaku peperangan Jamal
dan Siffin
Sumbangan Saidini Ali sewaktu menjawat jawatan
sebagai Khalifah juga tidak kurang banyaknya.
Penghujung Hayat Saidina Ali Karamalwahu
Wajhah
Allah s.w.t. rupanya telah mentakdirkan bahwa
Ali r.a. harus meninggal karena pembunuhan pada waktu subuh tanggal 17
Ramadhan, tahun 40 Hijriyah. Ketika Ali r.a. sedang menuju masjid,
sesudah mengambil air sembahyang untuk melakukan shalat subuh, tiba-tiba muncul
Abdurrahman bin Muljam dengan pedang terhunus. Ali r.a. yang terkenal
ulung itu tak sempat lagi mengelak. Pedang yang ditebaskan Abdurrahman tepat
mengenai kepalanya. Luka berat merobohkannya ke tanah. Ali r.a. segera
diusung kembali ke rumah.
Saat itu semua orang geram sekali hendak
melancarkan tindakan balas dendam terhadap Ibnu Muljam. Tetapi Ali r.a.
sendiri tetap lapang dada dan ikhlas, tidak berbicara sepatahpun tentang balas
dendam. Tak ada isyarat apa pun yang diberikan ke arah itu. Semua orang yang
berkerumun di pintu rumahnya merasa sedih. Mereka berdoa agar Ali r.a.
dilimpahi rahmat Allah yang sebesar-besarnya dan dipulihkan kembali
kesehatannya. Semua mengharap semoga ia dapat melanjutkan perjuangan menghapus
penderitaan manusia.
Dua hari kemudian beliau pun wafat. Peristiwa itu
terjadi pada Ramadhan 40 Hijrah bersamaan 661 Masihi.